Saya merupakan pelajar lepasan STPM aliran sastera.Subjek yang diambil semasa tingkatan 6 adalah Pengajian Am,Pengajian Perniagaan,Ekonomi dan Sejarah.Mengapa saya ambil subjek Sejarah?Ini kerana saya minat akan sejarah.Bagi pendapat saya,sejarah merupakan satu pendekatan yang baik untuk generasi muda.Generasi muda dapat belajar daripada peristiwa yang lain dan mendapat pengajaran daripadanya.Selain itu,sejarah dapat memberi peluang untuk saya memahami kebudayaan dan peristiwa negara-negara lain.Contohnya,sejarah negara dunia seperti Perancis.Bagi saya,negara Perancis ialah sebuah negara yang romatik dan mempunyai banyak tempat bersejarah Malahan,saya suka belajar sejarah tanpa menghafal mati-matian.Saya akan baca berulang-ulang untuk memahami cerita,perisitiwa dan konsep sejarah secara teliti.
Selapas itu,saya menyambung pengajian saya di Universiti Kebangsaan Malaysia.Dan kursus yang diambil ialah pentadbiran perniagaan.Ini merupakan pilihan pertama saya di senarai pemohonan saya.Mengapa saya memilih universiti ini sebagai pilihan pertama saya?Ini kerana kursus pentadbiran perniagaan di ukm menawarkan pilihan pengkhususan pada tahun kedua.Oleh itu,saya harap bahawa saya dapat mengambil perakaunan sebagai pengkhususan saya pada tahun kedua.
Harapan saya pada ukm adalah dapat membuat terbaik dalam semua subjek dan menamatkan pengajian saya secara cemerlang agar membanggakan ibu bapa saya yang bertungkus lumus sepanjang 20 tahun ini.Ibu bapa saya memang terbaik dan cemerlang.Oleh itu,saya akan belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian secara cemerlang,itulah satu-satu balasan yang dapat saya melakukan.
Quote of the day:
The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.
― Eleanor Roosevelt
― Eleanor Roosevelt
No comments:
Post a Comment