Saturday, September 20, 2014

Goal

Setiap orang mesti mempunyai matlamat apabila memasuk ke universiti.Apakah itu matlamat?Bagi saya matlamat adalah satu arah untuk kita berusaha sepanjang masa tersebut.Matlamat juga akan merupakan satu motivasi untuk kita apabila kita berasa letih dalam kehidupan.

Sebagai seorang mahasiswa,matlamat amat penting dalam sepanjang tempoh ini.Kehidupan dalam universiti bukan sahaja masuk ke kuliah,menyiapkan assignment tetapi juga bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti dalam universiti.

Dalam Universiti Kebangsaan Malaysia memang penuh dengan banyak persatuan,unit beruniform dan juga aktiviti sukan untuk menyertai.Asalkan anda berminat dan boleh meluangkan masa,anda dibenarkan mengambil bahagian.Contohnya,Persatuan Ekonomi ditubuhkan untuk pelajar yang berminat dalam bidang ekonomi.Manakala Kelab Artisukma ditubuhkan untuk pelajar yang berminat dalam aktiviti kebudayaan seperti tarian tradisional dan alat-alat muzik tradisional.

Untuk memudahkan setiap orang memilih aktiviti-aktiviti yang berminat,pihak universiti telah menyediakan satu pentas yang baik iaitu setiap persatuan akan mengadakan pameran di tempat-tempat yang disediakan.

Oleh itu,saya telah mengambil kesempatan ini dan mengunjungi semua pameran yang disediakan.Antarannya ialah Kelab Artisukma,Persatuan Perakaunan dan Persatuan Bulan Sabit Merah.Saya tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab tersebut.Selain itu,Sekretariat Pesta AngPow juga menarik perhatian saya.Aktiviti yang paling mengagumkan saya ialah majlis makan malam seramai seribu orang ke atas sempena Tahun Baru Cina.Ini memang perlu kerjasama dan persiapan yang rapi untuk menjayakan majlis tersebut.

Nampaknya setiap kelab atau persatuan amat menarik.Saya pula keliru dalam memilih.Sebelum saya masuk ke universiti,senior saya pernah memberitahu bahawa pembahagian masa amat penting dalam kehidupan universiti.Kita perlu membahagikan masa kita secara bijaksana agar tidak melengahkan assignment dan juga aktiviti sosial kita.Oleh itu,setiap keputusan yang dibuat perlu fikir secara bijaksana dan menanggung setiap risiko atas keputusan yang dilakukan.

Quote of the day:

“I dream my painting and I paint my dream.” 
― Vincent van Gogh

No comments:

Post a Comment